Ikon memanah Kelantan daripada Pusat Latihan Memanah Negeri Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Paduka Raja, Nuramalina Rosmey akhirnya mengikuti jejak rakan-rakan mencari pengalaman di Sekolah Sukan Keramat Kuala Lumpur (SSKKL).
Menurut Nuramalina meninggalkan rakan-rakan di Pusat Latihan Memanah Negeri yang sama-sama berjuang membangunkan sukan memanah, hingga ke tahap cemerlang, adalah sesuatau yang sungguh memilukan.
Namun demi pembangunan sukan tersebut, kerinduan dan rasa pilu itu dibuang jauh-jauh dari dalam diri dan digantikan dengan semangat waja kental yang boleh mencetuskan fenomena baru memanah Malaysia.
“Sedih juga hendak meningglkan rakan-rakan yang telah sama-sama bertungkus lumus menghidupakn sukan tersebut di Tanah Merah khasnya dan Kelantan amnnya. Namun kerana semangat ingin maju di dalam sukan memanah, saya buangkan jauh-jauh rasa tersebut,” ujarnya pada Sinar Harian.
Pemilihannya ke sekolah tersebut berdasarkan kehebatan dan rekod kecemerlangan beliau di dalam setiap siri kejohanan yang di sertainya sebelum ini.
Kejohanan memanah ASIA di Singapura, antara pemangkin semangat baginya untuk menanam cita-cita ingin maju dan hebat seperti pemanah dunia lain, selain Sirkit Remaja di Johor Bharu, Terbuka Sarawak, Indoor Kedah serta beberapa siri kejohanan di dalam negeri selain SUKMA ke 8 Terengganu.
“Singapura dan Terengganu lokasi saya cipta kecemerlangan. Saya tidak menyangka saya secemerlang itu. Bertolak dari situlah saya teruskan impian dan tekad saya sehinggalah saya akhirnya akan berada di bawah pengalaman jurulatih terhebat dunia Bae Jae Kyung dari Korea,” ujarnya yang pernah memenangi pingat emas pada kejohanan memanah ASIA di Singapura.
Ditanya Sinar Harian apakah resepi kejayaannya di dalam sukan tersebut sehingga cemerlang di singapura dan cemerlang di sirkit lain, Nur Amalina berkata, disiplin dan ikut kata jurulatih merupakan faktor penentu kejayaan seseorang pemanah itu.
“Apa yang jurulatih sampaikan adalah sesuatau yang tidak disampaikan oleh orang lain. Justeru, ikuti dan hayati serta praktikkan apa yang telah jurulatih ajarkan itu. Tuan Haji Kamarulhisyam Kamarulzaman adalah salah seorang pemanah berpengalaman dan ilmu memanahanya juga hebat dan mampu menaikkan individu ke dunia pemanahan hebat,” sambungnya.
Nuramalina juga berpesan kepada rakan-rakan yang masih berada di Pusat Latihan Memanah Negeri (PLMN) agar meneruskan cabaran dan kecemerlangan yang ada.
“Kawan-kawan mungkin tidak bernasib baik ketika ini. Apa pun IsyaAllah, kalau kawan-kawan dapat lakukan yang terbaik serta mengikuti apa yang telah disemaikan jurulatih, kawan-kawan juga boleh cemerlang, malah mungkin lebih cemerlang dan hebat daripada saya,” katanya.
Ditanya mengenai kejohanan Olimpik di United Kingdom pada tahun 2010 nanti beliau menjawab, “itulah impian saya dan saya yakin, saya mampu lakukan yang terbaik demi negara.”